Tuesday, September 10, 2013

abah

Aku ingat lagi saat terakhir bersama abah. Ya Allah kenapa aku tak sedar yang abah akan pergi selama-lamanya tinggalkan kami semua. Aku ingat lagi pandangan dan renungan abah kepada aku. Pandangan yang cukup sayu. Kenapa aku tak sedar semua itu. Aku ingat lagi kata-kata abah pada hari raya terakhir kami bersama yang abah dah maafkan semua kesalahan anak-anaknya. Kenapa aku abaikan abah disaat abah sakit. Kenapa aku sibuk dengan hidup aku sendiri sedangkan insan yang tersayang dalam hidup aku sedang meniti saat-saat terakhir. Malam jumaat seminggu sebelum abah pergi, aku lihat abah duduk sendirian di sofa dan aku nampak abah menitiskan air mata. Tapi aku tidak ambil pusing. Aku nampak abah tak ada selera makan tetapi aku hanya rasakan abah hanya sakit biasa. Pada hari terakhir sebelum abah pergi selamanya, aku lihat abah baring di ruang tamu dan aku yang sedang tekocoh-kocoh lambat ke kerja tidak sempat untuk salam abah buat kali terakhir. Ya Allah aku tak sempat kucup tangan abah aku untuk kali terakhir. Untuk kali yang terakhir:'( 
Abah pergi dengan cukup tenang dan pada hari yang mulia malam jumaat.
Semoga abah bahagia dan tenang di sana. Al-fatihah untuk abah ku yang tersayang Mohmad Tahir bin Hj Idris (13 Ogos 1949 - 20 September 2012).
abah dan emak